Jumaat, 5 April 2013

Isnin, 1 April 2013

REFLEKSI MEMBINA BLOG

Alhamdulillah selesai juga akhirnya saya membuat blog. Walau tak sehebat rakan-rakan lain tetapi apa yang penting saya mampu membuatnya. Pada mulanya saya merasa agak takut untuk membuat blog. Apatah lagi dengan keadaan kesihatan saya yang tak berapa memuaskan sejak akhir-akhir ini. Pertama kali mendapat tugasan hati dan fikiran mula kacau. satu tekanan dirasakan apabila saya tidak dapat mengingat dengan baik. saya mula membaca buku dan melayari internet mengenai cara-cara membuat blog.Tapi sayang semuanya tak melekat di kepala. Akhirnya saya berjumpa rakan di sekolah. Mujur dia sudi ajar saya. Sedikit demi sedikit diterangkan pada saya dengan sabar. Alhamdulillah bertambah sedikit ilmu ICT saya. Saya mula berasa ringan beban di kepala.
               Membuat blog memerlukan kemahiran dan kesabaran. Rasa ingin menerokai lebih banyak ilmu mengenai membuat blog mula bertandang di hati. Terasa kerdilnya diri ini dalam menguasai ilmu ICT. Alhamdulillah mujurlah pensyarah Encik Bukhari seorang yang memahami dan dedikasi. Banyak ilmu dicurahkan kepada saya dan rakan-rakan. Pengalaman membuat blog ini merupakan satu pengalaman yang menarik. Banyak ilmu ICT yang ditimba. Sebagai guru saya sedar sepatutnya diri perlu menguasai ilmu ICT kerana Dunia pendidikan hari ini menuntut diri untuk terus menimba ilmu ICT .  Terima kasih sekalung budi  buat semua yang sudi  mengajar saya.InsyaAllah ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan untuk mendidik anak-anak bangsa.