Ahad, 17 Mac 2013

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET



ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

PENGENALAN

Teknologi internet memudahkan perhubungan antara pengguna dan menyediakan akses kepada maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal



OBJEKTIF KOD ETIKA
v  Mengetahui Masalah Moral Dan Isu Etika Komputer
v  Memahami Prinsip Etika Komputer
v  Memahami Etika Profesinal Teknologi Maklumat
v  Mengetahui Fungsi Kod Etika Profesional
v  Keperluan Etika Komputer
v  Mengetahui Masalah Moral Dan Isu Etika Komputer
v  Memahami Prinsip Etika Komputer
v  Memahami Etika Profesinal Teknologi Maklumat
v  Mengetahui Fungsi Kod Etika Profesional
v  Keperluan Etika Komputer



RUKUN ETIKA
  Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  Tidak mengganggu kerja komputer orang lain
  Tidak menceroboh masuk fail komputer lain
  Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
  Tidak menggunakan komputer untuk menipu
  Tidak menggunakan @menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran
  Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri
        Memikirkan kesan sosial program @sistem yang dibangunkan



ISU ETIKA

  1.Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran

  Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding dengan mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran.

  Kurang arif tentang undang-undang siber.

  Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan etika komputer.
Kurang pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer
 
CIRI PROFESIONALISME
  1. Harus ada perkhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
  2. menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
  3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa   tertentu.
  4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu
  5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang semasa menjalankan tugas.
  6. mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu

.

KERANGKA KOD ETIKA : KEBERSENDIRIAN
  1. Apakah maklumat tentang seseorang yg boleh / perlu diberitahu /diketahui oleh orang lain.
  2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan
  3. Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
  4.Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pengkalan data. Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut?



KERANGKA KOD ETIKA : KETEPATAN MAKLUMAT
  1. Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul.
  2. Bagaimana memastikan maklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna ?
  3. Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejasboleh dipampas ?



KERANGKA KOD ETIKA : HAK MILIK
  1. Siapa memiliki maklumat.
  2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.
  3.Bagaiman mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
  4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pengkalan data yang m,empunyai hak milik.
  5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi
  6.   Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.
 7.   Bagaiman akses kepada saluran maklumat diperuntukkan



 KERANGKA KOD ETIKA : CAPAIAN
  1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
  2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
  3.Bagaiman capaian kepada komputer disediakan kepada kakitangan yang tidak berupaya.
  4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.
  5. Adakah hak yang dimiliki oleh individuatau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa ?  



KOD ETIKA PROFESIONAL
  1.Elak kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
  2.Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi
  3.Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
  4.Bersikap adil dan tidak menindas.
  5.Menghormati hak cipta orang lain.
  6.Menghormati hak kebersendirian orang lain






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan